Tuesday, December 28, 2010

hELlo.......guys.........

i'm back now........
untuk kali ini saya akan menyiarkan keperluan n hobi2 ramaja masa kini.......
k daa guys........
see you later........:))

Sunday, February 28, 2010

salam pertemuan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Saya berharap agar anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera.Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Intel Malaysia bersama Malaysian Communications and Multimedia Commision (MCMC) dan MSD Technology Sdn Bhd kerana menganjurkan pertandingan blog.Dengan adanya pertandingan ini saya mendapat banyak pengalaman dan pendedahan tentang cara-cara pengunaan internet dengan bijak.Ini merupakan pengalaman yang pertama bagi saya untuk membuat blog.Pada mulanya saya seperti orang yang tidak tahu apa-apa pun tentang penggunaan blog.Selepas mendapat sedikit bimbingan daripada guru,rakan-rakan dan ibubapa,saya cuba untuk mempelajari sedikit demi sedikit tentang blog.Kebanyakan maklumat yang saya cari ialah melalui internet.Saya merasa amat bersyukur kepada ibubapa saya kerana peka dengan kehendak saya iaitu untuk memiliki rangkaian internet di rumah.Semoga selepas sahaja saya menyertai pertandingan ini saya dapat memanfaatkan dalam kehidupan harian saya.Sekian saja kepada para pembaca saya dan juga kepada para panel yang menilai blog saya ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi melawat dan membaca blog saya ini.Secara logiknya,saya tidak dapat menyiapkan blog ini dengan sempurna tanpa bantuan daripada guru-guru,rakan-rakan dan ibubapa saya.

PENGHARGAAN

SBP INTEGRASI PEKAN
Saya ingin megucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberitahu tentang pertandingan ini kepada para pelajar.

RAKAN-RAKAN
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya terutama sekali Irfan,Arif,Zul,Leman dan Iwong kerana memberi saya sedikit tunjuk ajar untuk membuat blog.

AKAK WAN
Tidak lupa juga kepada akak Wan kerana banyak memberi galakan kepada saya.

IBUBAPA
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya kerana memasang rangkaian internet di rumah.


DEFINISI JALUR LEBAR


Mengikut pengetahuan yang saya ada,jalur lebar ialah sesuatu medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi.Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar,di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s).Istilah jalur lebar digunakan bagi merujek kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi,walaupun sesetengah Internet Service Provider(ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan jalur lebar(bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa - multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa - multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.


JENIS-JENIS JALUR LEBAR

Selain itu,jalur lebar terdapat dalam pelbagai jenie.Kali ini saya ingin kongsikan pengetahuan saya berkaitan capaian internet di Malaysia. Capaian internet ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
  1. Menggunakan wayar
  2. Tanpa wayar

Menggunakan Wayar (Wired)

Bagi capaian menggunakan wayar, ianya termasuklah ADSL, SDSL, dial-up dan isdn.

ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) ialah internet berkelajuan tinggi yang mula berkembang di Malaysia sekitar tahun 2000 sehingga kini. Teknologi ADSL di Malaysia mempunyai kelajuan capaian di antara 384Kbps sehingga 4Mbps. Pada dasarnya ADSL ini boleh mencapai kelajuan 8Mbps. Ini sejajar dengan device yang digunakan oleh ADSL iaitu menggunakan talian cooper yang mampu menghantar dan menerima data sebanyak 8Mbps. ADSL mempunyai sedikit perbezaan dengan SDSL (Symmetric Digital Subscriber Line) iaitu kebenaran capaian bagi Upstream dan Downstream. Bagi ADSL, Upstream dan Downstream mempunyai nilai berbeza. Sebagai contoh, bagi pengguna yang menggunakan ADSL berkelajuan 1Mbps, Downstream yang diterima ialah 1Mbps manakala Upstream pula biasanya di antara 384Kbps – 512Kbps sahaja. Bagi SDSL pula, capaian Downstream dan Upstream mempunyai nilai yang sama. Selain itu bagi SDSL, biasanya ISP membenarkan pengguna memiliki Internet Protocol Address (IP) statik manakala ADSL hanya mempunyai IP yang dinamik iaitu berubah-ubah setiap kali membuat sambungan (connection) ke internet.

Dial-up pula adalah teknologi yang awal untuk membuat connection ke internet. Capaian data tertinggi yang boleh dicapai ialah 57Kbps (bergantung dengan modem yang digunakan). Apa yang membezakannya dengan ADSL/SDSL ialah, dial-up akan menggunakan talian telefon untuk membuat capaian ke internet manakala ADSL/SDSL pula hanya menumpang talian telefon sebagai medium menghantar data tanpa mengganggu penggunaan telefon itu sendiri.

ISDN ialah Integrated Services Digital Network. Ianya menggunakan device fibre optic sebagai medium menghantar dan menerima data. Kelajuan capaian ISDN ialah berdasarkan saluran (channel). Terdapat dua channel bagi ISDN. Bagi B-Channel (Bearer), kelajuannya bagi 1 B-Channel ialah 64Kbps. Sekiranya kita menggunakan 2 channel, ini bermaksud kelajuan capaian data tersebut ialah 128Kbps. Bagi D-Channel (Delta), kelajuan capaian data ialah 16Kbps atau 64Kbps bergantung kepada konfigurasi talian. Bagaimana data dihantar menggunakan talian ISDN? Terdapat 2 pengenalan konfigurasi iaiti Basic Rate Interface (BRI) dan Primary Rate Interface (PRI). BRI ialah penggunaan internet oleh semua pengguna ISDN. Ianya menyokong 2 B-Channel 64Kbps dan 1 D-Channel 16Kbps. Ianya juga dikenali sebagai 2B+D merujuk kepada 2 channel B dan 1 channel D. BRI ini juga menyokong kelajuan perlahan low-speed (9.6 Kbps) X.25 data. Ianya agak kurang popular dikalangan pengguna ISDN. PRI pula biasanya digunakan oleh organisasi yang besar seperti bank dan syarikat-syarikat gergasi. PRI menyokong sehingga 23 64Kbps B-Channel dan 64Kbps D-Channel (23B+D) melangkaui kelajuan litar DS1 (atau T1). Bagaimanapun di eropah, PRI menyokong sehingga 30B+D.

Syarikat ISP yang menggunakan teknologi internet menggunakan wayar ini antaranya ialah TM Net dan juga Jaring.

Contoh-contoh jalur lebar menggunakan wayar:

Tanpa Wayar (Wireless)

Broadband tanpa wayar (wireless broadband) adalah sama dengan broadband yang menggunakan teknologi ADSL. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan – perbezaan yang ketara di antara keduanya.

Wireless broadband ini disediakan oleh penyedia perkhidmatan telefon celular seperti Celcom, Maxis, Digi dan Umobile.

Sebelum ini, capaian internet menggunakan wireless ini menggunakan teknologi GPRS (General Packet Radio Service). Teknologi ini dikenali sebagai 2G bagi pengguna telefon celular. Kemudia ianya dipertingkat ke capaian EDGE (Enhanced Data-Rates for GSM Evolution) yang mana bermulanya era wireless broadband. Semasa era GPRS, kelajuan internet ialah maksimum 107.2Kbps manakala untuk EDGE, kelajuan maksimum ialah 384Kbps. Kelajuan ini dikenali sebagai bandwidth.

Kini rata – rata pengguna wireless broadband menggunakan teknologi 3G dikenali HSDPA (High-Speed Downlink Packet Access) yang mana 3G menyediakan kemudahan W-CDMA, WLAN, radio celular dan sebagainya. Kelebihan 3G ialah mempunyai capaian kelajuan pada kadar biasa ialah 384Kbps sehingga mampu mencecah 1.8, 3.6, 7.2 dan 14.4 Mbps menggunakan teknologi wireless LAN (Local Area Network). Penggunaan teknologi 3G ini menguntungkan SP (Service Provider – Penyedia Perkhidmatan) kerana penggunaan teknologi VoIP (Voice Over Internet Protocol) yang lebih murah berbanding teknologi sebelum ini.

Kini kita bergerak menuju ke teknologi 3.5G atau dikenali HSPA (High-Speed Packet Access) iaitu capaian data berkelajuan tinggi. HSPA ini mempunyai down-link sehingga 42Mbps dan up-link sehingga 22Mbps.

Selain teknologi Telefon Celular, terdapat juga teknologi baru yang kian berkembang di Malaysia iaitu WiMAX (Worldwide Interoperability for Microwave Access). WiMAX mempunyai kelebihan dari segi liputan iaitu sehingga 10KM bagi capaian 10Mbps.
Contoh-contoh jalur lebar tanpa wayar:



PERBEZAAN ANTARA JALUR LEBAR WAYAR DAN TANPA WAYAR

Perbezaan yang paling ketara ialah pengguna wired broadband akan mempunyai IP dinamik secara individu manakala pengguna wireless broadband akan berkongsi IP bersama pengguna yang lain sehingga jumlah pengguna maksimum. Ini bermaksud, dari sudut bandwidth pengguna wireless akan berkongsi bandwidth dan senario ini yang menyebabkan ada kalanya capaian ke internet menjadi perlahan di waktu puncak. Mungkin yang berlaku ialah ketika waktu itu pengguna yang mengakses ke internet menggunakan wireless broadband mempunyai jumlah yang maksimum. Berbeza dengan pengguna wired broadband yang mana mereka diberikan bandwidth sendiri dan gangguan kelajuan capaian agak kurang berbanding wireless. Walaupun begitu, perkembangan teknologi wireless dan wired di Malaysia ini dapat membantu di dalam perkembangan dunia ICT sehingga mungkin satu ketika nanti Malaysia mampu menjadi hub ICT di rantau Asia.


KELEBIHAN JALUR LEBAR

Bagi saya jalur mempunyai terlalu banyak kelebihannya yang tersendiri.Seperti sedia maklum,saya mendapat banyak manfaat daripada jalur lebar.Dengan menggunakan jalur lebar,saya tidak perlu tunggu terlalu lama depan PC sehingga beberapa minit lamanya,semata-mata untuk membuka email apatah lagi untuk memuatturun bahan.Ia membolehkan saya menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data elektronik pula,kesan yang sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju,gelombang frekuensi radio dan sistem satelit.



KEPANTASAN JALUR LEBAR

Mengikut pengalaman yang saya sudah saya 'explore' dalam internet.Kalau anda nak tahu bandar/negeri mana internet speed paling laju, mana Top Internet Service Provider yang sebenarnya kat Malaysia.Try bukak >speedtest.net<

JALUR LEBAR TELAH BANYAK MENGUBAH HIDUP SAYA.....

Setelah sedemikian lama saya menggunakan jalur lebar,saya telah mendapat banyak faedah daripada jalur lebar.Saya merasa begitu bangga kerana negara kita semakin lama semakin berkembang dari segi teknologi IT sejajar dengan arus permodenan dunia.

Jalur lebar telah banyak merubah hidup saya dari orang yang buta IT kepada orang yang banyak pengetahuan tentang IT.Antara contoh-contoh yang saya dapat catatkan melalui blog tentang perubahan yang berlaku kepada saya sebaik saja mempelajari menggunakan jalur lebar ialah:
  1. Dulu,saya seorang yang pendiam,pasif sepanjang masa dan kurang bergaul dengan orang lain.sekarang saya menjadi seorang yang periang dan aktif dari segi semua aspek.Dengan menggunakan blog,myspace,frriendter,tagged dan facebook,saya mendapat ramai kenalan dari serata dunia.


2.Selain itu,saya juga dapat mempelajari sedik sebanyak tentang komputer melalui jalur lebar.Dengan ini saya dapat manambahkan lagi pengalaman saya tentang komputer.Saya sering melayari laman web nie....
3.Semakin hari,saya makin suka untuk 'edit' gambar saya menjadi lawa.Setelah lama saya mencari,saya jumpa banyak laman web untuk 'edit' gambar.Di sini terdetik dalam hati saya untuk menjadi seorang desingner.Saya akan cuba untuk merialisasikan impian saya apabila saya dah besar nanti...

4.Saya memang gemar membaca komik.Komik yang biasa saya baca ialah anime dari Jepun kerana bagi saya lukisan anime dari Jepun lawa sangat,grafiknya bagus dan effect gambarnya cukup menerujakan saya.Cerita lukisan hasil karya pelukis-pelukis di negara kita juga saya baca.Semakin hari,mereka dapat membuat perubahan dari segi lukisan mereka.Saya bangga dengan pelukis-pelukis negara kita kerana mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyaingi pelukis-pelukis dari Jepun. Saya sering ,melayari onemanga untuk membaca komik yang saya gemari.Dengan ini,saya dapat menggunakan masa terluang dengan bijak tanpa membazir dengan begitu saja...

5.Di samping itu,saya juga sering membaca surat khabar yang ayah saya selalu beli.Semenjak saya menggunakan jalur lebar ayah saya dapat menjimat sedikit wang untuk membeli surat khabar.Sekarang saya bolehlah membaca surat khabar melalui jalur lebar.Banyak maklumat yang saya dapat berkaitan dengan isu semasa sama ada di negara kita ataupun luar negara kita.
Contoh surat khabar yang sering saya baca ialah:

6.Walau bagaimanapun,saya sering terfikir-fikir macam mana nak mencari cerita best-best dalam jalur lebar ini.Saya tercari-cari laman web yang berkaitan dengan movies....Akhirnya,saya jumpa juga beberapa laman web seperti youtube(dalam web ini saya dapat tengok macam-macam vidoeclip,cerita dan macam-macam lagi la),mysoju(dalam laman web ini saya dapat melihat banyak cerita korea dan jepun sama ada movie ataupun berepisod) dan azntv(nie pun sama dengan mysoju tapi laman web nie canggih sikit la).Dengan ini,saya dapat tengok semua cerita best-best yang saya nak tengok.....


7.Dengan menggunakan jalur lebar ini juga,saya dapat mempelajari cara-cara nak mempelajari menggunakan adobe photoshop dengan mahir.Selain itu,saya juga dapat mempelajari pelbagai lagi seperti web design basics,raster graphics,vector graphics,flash&swish,3D grphics,web programming dan macam-macam lagi la.Semua ini dapat melalui laman web yang ada dalam jalur lebar ini.Saya hanya perlu menaip www.webdesign.org dan semua jawapan yang saya cari selama ini dapat saya temui....

8.Selain itu,saya juga sering mencari maklumat berkaitan dengan antivirus.Komputer di rumah saya sering mengalami serangan virus yang susah untuk antivirus saya 'detect' virus tersebut.Jadi saya sering mencari antivirus yang sessuai untuk komputer saya melalui jalur lebar.Oleh yang demikian,saya tidak lagi perlu untuk selalu menghantar komputer saya ke kedai pembaikian komputer.Oleh itu,saya dapat menimba ilmu sedik sebanyak tentang virus....

9.Banyak maklumat dan sofware-sofware terbaru yang saya perolehi dengan hanya 'download' saja bahan itu melalui jalur lebar.Seperti yang saya katakan tadi,antivirus tersebut juga perolehi dengan hanya 'download' dari jalur lebar.Selain itu,saya juga dapat 'download' movie terbaru dan yang telah lama yang saya belum tengok lagi dengan menggunakan jalur lebar.Jadi,telah banyak ilmu pengetahuan yang saya perolahi dari jalur lebar ini dalam masa beberapa bulan saja....


10.Saya juga sering berkongsi maklumat dan bahan yang dengan kawan-kawan saya.Dengan menggunakan jalur lebar,saya dapat 'upload' fail yang saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan saya.Oleh itu,saya memperoleh banyak maklumat daripada kawan-kawan di serata dunia........
11.Dalam jalur lebar ini juga ada google earth.Yang mana google earth ini dapat membantu saya untuk mencari di mana tempat tinggal kawan-kawan saya.Bagi saya,teknologi pada era ini sangat canggih sehinggakan saya dapat tahu di mana rumah kawan-kawan saya hanya melalui jalur lebar saja.Oleh yang demikian,saya tidak sesat lagi untuk mencari rumah kawan saya...

Merujuk kepada semua faedah yang telah saya nyatakan,kini hidup saya semakin lama semakin berubah sejajar dengan kemajuan teknologi pada masa kini.Di sini saya ingin mengatakan bahawa saya cukup gembira ketika menggunakan jalur lebar ini kerana banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi ketika setiap kali saya menggunakannya.Akhir sekali,jujur saya katakan bahawa telah banyak perubahan yang telah berlaku dalam diri saya sejak saya belajar menggunakan jalur lebar ini......


SALAM PERPISAHAN.........

Sebelum saya mengundurkan diri saya,saya telah mereka sebuah lagu tentang jalur lebar.Lagu ini saya hanya mengubahsuai sahaja dari lagu Drama King yang dinyanyikan oleh Meet Uncle Hussain dan Black.Walaupun lagu ini tidaklah sedap sangat tapi inilah luahan isi hati saya ketika menggunakan jalur lebar..........So Enjoy It....

Kali pertama aku melayarimu
Mahu bersama
Mahu bersama kamu
Raut kelebihanmu banyak
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Kekuranganmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Jalur lebarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi maklumatmu banyak
Sampai bila
Aku mahu melayarimu
Tidak ku penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu BROADBAND

Kau masih berpura-pura
Kekuranganmu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Jalu lebarmu yang terhebat
Memukau mataku menggunakan mu.
Tidak ku penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila BROADBAND
Sampai bila BROADBAND

Tidak ku penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila BROADBAND
Sampai bila BROADBAND
Tidak ku penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat.................

SALAM PERPISAHAN......